Cari @ Amanz

Pada acara WebCampKL bulan Mac yang diadakan beberapa hari yang lepas, salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan bahasa pengaturcaraan. Memandangkan kini salah satu bahasa pengaturcaraan yang semakin meningkat popular dari hari ke hari adalah Ruby, mungkin kini para pembangun mahupun mereka yang terlibat dalam industri ini mempelajarinya sebagai salah satu keperluan semasa.

Untuk memudahkan mereka yang ingin mempelajari Ruby, salah satu program yang memudahkan anda mempelajarinya adalah Hackety Hack, yang menawarkan pembelajaran Ruby dengan mudah dan interaktif pada Windows, Mac dan juga Linux.

Hackety Hack juga turut menawarkan kemudahan bagi para pengguna yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam dunia pengaturcaraan untuk turut mempelajari Ruby melaluinya. Buat masa ini, bilangan tutorial yang disediakan mungkin terhad, dan pembangunnya mensasarkan untuk menambahnya dari masa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Hackety Hack, dan mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Ruby melalui desktop anda hari ini. Sekiranya anda sudah biasa dengan Ruby, anda juga boleh menyumbangkan tutorial dan sebagainya melalui laman GitHub yang disediakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd