Cari @ Amanz

Hari demi hari, pengguna kamera digital tempatan semakin meningkat, dan begitu juga mereka yang menggunakannya untuk hobi, mahupun kerjaya. Untuk terus berkembang bersama yang lain, salah satu perkara adalah mendapatkan pelbagai informasi semasa berkaitan dengannya. Salah satu saluran YouTube yang menarik untuknya adalah DigitalRevTV.

Melalui DigitalRevTV, ia membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai informasi berkaitan kamera dalam bentuk yang santai. Ia juga diperkatakan sebagai rancangan video seumpama Top Gear untuk kamera, membolehkan para pengguna mendapatkan informasi, tutorial dan perbandingan diantara kamera melalui pelbagai ujian yang dilakukan oleh mereka.

Bagi anda yang berminat dengan dunia kamera digital mahupun DSLR, mungkin anda boleh melanggan saluran DigitalRevTV di YouTube, dan ikuti pelbagai video yang terdapat padanya, selain kemaskini yang dikeluarkan hampir tiga kali setiap minggu.

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd