Carian
Antaramuka Timeline Diperkenalkan Untuk Facebook Pages
March 31, 2012 Aman

Akhirnya, walaupun Facebook masih tidak mengaktifkan antaramuka Timeline untuk pengguna Facebook biasa, bermula hari ini, Facebook telah pun mengaktifkan antaramuka Timeline untuk semua Facebook Pages, sekaligus memperlihatkan perubahan besar dari segi susun atur dan juga cara komunikasi bersama jenama dan organisasi yang lebih mudah lagi.

Jikalau sebelum ini, beberapa halaman menyediakan halaman khas untuk para pengguna singgah terlebih dahulu sebelum dapat mengakses Wall dan sebagainya, kini perkara itu tidak lagi diperlukan, dimana sebuah gambar khas boleh dimuat-naik, serta mengukuhkan lagi penjenamaan sesuatu organisasi atau syarikat padanya.

Pengguna pula, dengan lebih mudah, tidak perlu menghantar emel dan bersusah payah mencari cara hubungi sesuatu syarikat dan sebagainya, dimana mereka boleh lakukannya terus melalui pilihan Messages yang kini turut boleh dihantar kepada pemilik Facebook Pages.

Jadi, sekiranya anda terjumpa sesuatu halaman Facebook Pages dengan rekabentuk yang menarik, jangan lupa berkongsi bersama kami.

Komen