Cari @ Amanz

Penggunaan akaun Google merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan, dimana kebanyakkan laman utama adalah milik Google, seperti YouTube, Google Maps, Blogspot, GMail dan sebagainya. Dan dalam membolehkan anda memantau dengan mudah, Google kini memperkenalkan halaman Aktiviti Akaun Pengguna.

Melalui halaman tersebut, anda boleh melihat apakah aktiviti yang dilakukan oleh anda dengan menggunakan akaun Google, termasuk dari mana anda mengaksesnya, menggunakan platform apa, jenis pelayar web yang digunakan dan sebagainya. Laporan tersebut juga turut memperlihatkan kekerapan anda menghantar emel, selain emel-emel yang sering dihubungi. Pengguna juga boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan daftar masuk lokasi pada Google Latitude dan sebagainya terus pada laman tersebut.

Ia juga merupakan salah satu perkara dalam membolehkan anda mengetahui sekiranya terdapat sesiapa yang menceroboh akaun anda, atau menyalahgunakannya. Namun, untuk kali pertama menggunakannya, ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum laporan diperlihatkan.

Jadi, bagi anda yang ingin ketahui aktiviti anda sendiri pada laman dan perkhidmatan Google, mungkin boleh aktifkan halaman Aktiviti Akaun anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd