Google Membolehkan Para Pengguna Memplot Graf Dalam Bentuk 3D

Google Membolehkan Para Pengguna Memplot Graf Dalam Bentuk 3D

Diterbitkan pada Apr 1, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini Google telah menyertakan sokongan memplot graf terus pada enjin carian mereka, kini Google terus menambah baik sokongan tersebut, dengan membolehkan para pengguna memplot graf dalam bentuk 3 dimensi. Sama seperti sebelumnya, para pengguna hanya perlu memasukkan persamaan Matematik terus pada kotak carian, dan graf tersebut akan dihasilkan secara automatik.

Graf tersebut dihasilkan oleh Google dengan sokongan WebGL, dan memerlukan pelayar web terkini yang menyokongnya, seperti Google Chrome dan juga Firefox. Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Google terus menambah-baik sokongan grafik pada pelayar web Chrome terkini mereka.

Jadi, selepas ini, mungkin ia terus akan memudahkan anda menyelesaikan masalah Matematik anda dengan mudah, mahupun menyampaikan bentuk-bentuk interaktif seperti graf 3D dalam bentuk hati.


TIPS & ULASAN