Cari @ Amanz

Pelayar web Chrome merupakan salah satu pelayar web popular dikalangan pengguna tempatan, dan hari ini, bersempena dengan 1 April, Google memperlihatkan sokongan multitasking untuk pelayar web tersebut, membolehkan para pengguna menggunakan lebih daripada satu tetikus pada sesuatu masa pada komputer mereka.

Melalui konsep gila-gila yang diperlihatkan oleh Google, memperlihatkan para pengguna boleh menggunakan dua aplikasi pada sesuatu masa, seperti bermain permainan, membuat kerja, menguruskan dokumen dan sebagainya terus daripada pelayar web mereka pada masa yang sama.

Selain daripada ini, Google juga berkongsi pelbagai idea-idea mereka yang gila dan seperti tidak masuk akal, dimana kami kongsikannya melalui satu artikel ringkas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd