WTFRU Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Dengan Rakan Lain

WTFRU Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Dengan Rakan Lain

Diterbitkan pada Apr 1, 2012 oleh .

Penduduk Malaysia boleh dikatakan terkenal dengan janji waktu Malaysia, dimana jarang sekali menepati masa dan sebagainya. Kadang-kala mungkin rakan anda baru sahaja sedang bersiap, tetapi mengatakan mereka sudah dalam perjalanan. Dan untuk mengatasi perkara ini semua, salah seorang pembangun tempatan memperkenalkan aplikasi WTFRU pada HackWeekend hari ini.

Melalui WTFRU, ia cuma menggunakan nama pengguna Facebook (vanity URL) untuk menggunakannya, dan sebuah pautan khas untuk anda akan dicipta, membolehkan anda berkongsi dengan rakan yang lain.

Aplikasi WTFRU turut sama menggunakan sokongan geolokasi dalam menentukan kedudukan semasa anda, dan mengemaskininya secara masa-nyata, membolehkan anda mengetahui jarak anda dengan rakan anda dengan mudah, serta turut mensasarkan berapa lama lagikah akan diambil oleh rakan anda untuk tiba menemui anda.

Jadi, bagi anda yang berminat mugkin boleh mencuba aplikasi WTFRU.me terus pada peranti mudah-alih anda hari ini.


TIPS & ULASAN