Idea Gila Dan Kreatif Canonical – Ubuntu Untuk Kaca Mata

Idea Gila Dan Kreatif Canonical – Ubuntu Untuk Kaca Mata

Diterbitkan pada Apr 1, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa idea gila-gila daripada Google, Ubuntu turut sama menyertai, dengan memperkenalkan Ubuntu untuk kaca mata. Ini sekaligus menjadi penambahan kepada variasi Ubuntu selain daripada untuk Android dan juga Ubuntu TV sebelum ini.

Walaupun ia kedengaran agak kelakar pada hari ini, mungkin ianya bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang kelak. Malah, Google sendiri diperkatakan sedang membangunkan sesuatu yang seumpamanya, dan bakal perkenalkannya dalam tahun ini.

Sekiranya mengikut trend, adakah selepas televisyen dan telefon pintar, kita akan melihat kemunculan kaca mata pintar tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN