Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi yang dipersembahkan pada HackWeekend #2 yang diadakan pada Disember tahun lepas adalah aplikasi KL Train, yang memudahkan para pengguna menemui stesen keretapi berdekatan dan berhampiran mereka dengan pantas dan mudah melalui sokongan geolokasi padanya. Kini, aplikasi tersebut sedia untuk dimuat-turun daripada AppStore secara percuma oleh semua pengguna iOS.

Selain daripada menemui stesen keretapi berdekatan, para pengguna juga boleh melihat peta keseluruhan stesen-stesen berdekatan, dan merancang perjalanan mereka menaiki keratapi dengan lebih mudah lagi. Mereka juga turut sama boleh mendapatkan perjalanan mereka melalui sokongan peta yang diintegrasikan bersamanya.

Walaupun ia membawakan konsep yang menarik, dengan pengenalan sokongan transit pada Google Maps, mungkin pembangunnya kini perlu menambah salah satu fungsi menarik padanya, untuk menjadikannya lebih unik, disamping menarik pengguna menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Apple AppStore, dan mengetahui pelbagai perkara berkaitan keretapi di sekitar Kuala Lumpur dengan lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd