Maxis Menawarkan Ruangan Storan Awan – Aplikasi Maxis Loker Sedia Untuk Digunakan

Maxis Menawarkan Ruangan Storan Awan – Aplikasi Maxis Loker Sedia Untuk Digunakan

Diterbitkan pada Apr 2, 2012 oleh .

Maxis akhir-akhir ini seperti memfokuskan dalam pembangunan dan penawaran beberapa aplikasi kepada para pengguna mereka. Selain daripada Maxis ebuuk yang masih belum dilancarkan kepada umum, mereka juga dalam proses untuk memperkenalkan platform storan awan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Loker.

Storan awan mula popular akhir-akhir ini, dengan akses internet yang semakin meluas, disamping pelbagai nama besar menyertainya, dan Google turut dikatakan akan menyertai industri tersebut dalam masa seminggu dua lagi.

Maxis menawarkan perkhidmatan Loker ini kepada para pengguna mereka dengan menggunakan platform Funambol OneMediaHub. Melaluinya, ia menawarkan para pengguna dengan ruangan storan sebanyak 150MB secara percuma, dan membawakan sokongan biasa seperti sync dan menyimpan fail-fail berbentuk digital, seperti gambar, video, kalendar, senarai hubungan, dan banyak lagi terus pada Loker.

Melalui laman web rasmi Maxis Loker, ia turut memperlihatkan sokongan Maxis Loker ini akan diperkenalkan kepada pelbagai platform lain dalam masa terdekat. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan dalam bentuk aplikasi kepada para pengguna Android sahaja dan boleh dimuat-turun terus melalui Google Play Market.


TIPS & ULASAN