Cari @ Amanz

Selain daripada Maxis yang memperkenalkan beberapa aplikasi baru-baru ini, nampaknya, Telekom Malaysia turut tidak ketinggalan sama. Jikalau pada tahun lepas, kita lihat akan aplikasi TM Dialer yang membolehkan membuat panggilan melalui internet, kini TM memperkenalkan TM Go, yang membolehkan anda membuat panggilan dan juga menghantar mesej dan lain-lain dengan mudah.

Melalui penerangan yang disediakan untuk aplikasi tersebut, ia membolehkan para pengguna menghantar mesej, bersembang dengan lain, membuat panggilan, memuat-turun kandungan internet dan sebagainya. Secara ringkas, boleh diperkatakan sebagai sokongan Skype, membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar mesej, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia disediakan dalam bentuk aplikasi untuk iOS dan juga Android, dimana para pengguna boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini. Namun, seperti biasa, ia memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu di TM Point, dan anda akan disediakan dengan nombor panggilan 015.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd