Cari @ Amanz

Salah satu syarikat tempatan yang semakin berkembang dari hari ke hari adalah FlexiRoam, yang menawarkan penyelesaian untuk membuat panggilan yang amat murah dan berpatutan ke Malaysia sekiranya anda menjelajah ke luar negara. Dalam usaha untuk terus memudahkan para pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut, kini FlexiRoam telah pun mula menawarkan aplikasi iOS.

Melalui aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna di Australia, Kanada, Malaysia, Singapura, UK dan juga Amerika Syarikat, ia membolehkan para pengguna membuat beberapa perkara, seperti mendapatkan pas untuk roaming, melihat status akaun anda, dan menguruskan akaun FlexiRoam.

Bagi anda yang gemar untuk melawat negara-negara lain untuk urusan perniagaan ataupun sekadar percutian, mungkin ini merupakan salah satu aplikasi yang amat berguna untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini. Berkenaan dengan kadar panggilan dan sebagainya, anda boleh menyemak laman rasmi FlexiRoam hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd