HTC One X Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Maxis, UMobile, Celcom Dan DiGi Menawarkannya

HTC One X Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Maxis, UMobile, Celcom Dan DiGi Menawarkannya

Diterbitkan pada Apr 2, 2012 oleh .

Setelah HTC One X diperlihatkan secara rasmi pada acara Mobile World Congress yang diadakan pada penghujung Februari yang lepas, hari ini, peranti tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan peranti tersebut secara berasingan, mahupun dengan pakej-pakej khas daripada syarikat telekomunikasi tempatan.

HTC One X membawakan tanda harga sebanyak RM2099 di Malaysia, manakala HTC One V pula berharga RM999. Kedua-dua peranti ini turut ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan, dimana para pengguna boleh mendapatkannya melalui pakej dan pelan daripada UMobile, Celcom dan juga DiGi. Celcom menawarkan peranti HTC One X pada harga RM1358 manakala HTC One V pada harga RM398 dengan langgan pelan mereka, manakala UMobile dengan perbezaan sedikit sahaja berbanding Celcom, iaitu HTC One X pada harga serendah RM1359 dan HTC One V pada harga serendah RM389.

Maxis pula menawarkan peranti HTC One X pada harga bermula RM1000, dan HTC One V bermula RM100, paling termurah dikalangan semua syarikat telekomunikasi, tetapi semestinya dengan komitmen bulanan yang tinggi. DiGi pula menawarkan One X pada harga RM1249 manakala One V pada harga bermula RM299.

Kesemua gergasi telefon pintar nampaknya memfokuskan kepada penjualan peranti daripada HTC ini, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk menggunakan Android 4.0 dan dilengkapi dengan sokongan ImageSense untuk rakaman gambar yang lebih berkualiti lagi.

HTC One V membawakan cip pemprosesan 1.0GHz, skrin seluas 3.7-inci, dan juga kamera belakang 5-megapixel, serta dilengkapi sokongan audio daripada Beats. HTC One X pula membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, skrin seluas 4.7-inci, kamera 8-megapixel dan turut dilengkapi sokongan audio Beats. Dan berbeza dengan One V, One X menggunakan mikro-SIM padanya.


TIPS & ULASAN