Cari @ Amanz

Nokia nampaknya mahu menyelesaikan pelbagai perkara yang dihadapi oleh para pengguna telefon pintar, dan bakal melancarkan salah satu peranti baru mereka kepada umum dalam tempoh 4 hari lebih lagi. Dan mengikut ura-ura awal, ia diperkatakan peranti yang bakal dilancarkan adalah Nokia Lumia 900 berkemungkinan dalam variasi 3G, sebagai alternatif kepada versi LTE yang diperkenalkan sebelum ini.

Namun, mungkin juga peranti yang lain dan berbeza sekali. Buat masa ini, melalui sebuah halaman khas, dinamakan sebagai Smartphone Beta Test, Nokia memaparkan beberapa video menarik, dan memperlihatkan beberapa kekurangan yang terdapat pada beberapa peranti pintar, seperti masalah gaya pegang peranti (death grip), peranti yang mudah pecah dan rosak apabila jatuh, dan skrin yang tidak boleh digunakan dibawah cahaya matahari.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat berkaitan dengan apakah peranti yang bakal dilancarkan oleh Nokia pada laman tersebut buat masa ini. Jadi, apakah tekaan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd