Cari @ Amanz

Dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat, ia memberikan kesan yang negatif kepada media cetak dari hari ke hari. Setelah PC.com melancarkan aplikasi untuk tablet, dan beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan ke arah digital, kini TheStar melancarkan aplikasi khas yang dioptimumkan untuk tablet, dinamakan sebagai The Star ePaper.

Memandangkan ianya hanya baru dilancarkan, pihak The Star menawarkan langgan percuma untuknya selama sebulan untuk bulan April ini. Melalui aplikasi yang dibangunkan khas untuk tablet ini, ia membawakan pelbagai sokongan seperti perkongsian sosial, mengawal saiz tulisan, melihat kandungan mengikut kategori mahupun dalam bentuk thumbnail dan sebagainya. Namun, salah satu sokongan yang kami gemarkan padannya, adalah sokongan untuk membacakan artikel untuk pengguna.

Sebagai contoh, kadangkala anda sibuk dengan sesuatu kerja, dan pada masa yang sama ingin mengetahui perkembangan semasa sambil membuat kerja anda. Kini, anda boleh dengan mudah, memilih pilihan “Listen” pada aplikasi tersebut, dan ia akan membacakan segalanya untuk anda.

Bagi para pengguna tablet Android, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi The Star ePaper ini, dan mencubanya hari ini sebagai ganti kepada akhbar bercetaknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd