Carian
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy
April 3, 2012 Aman

Di arena web, salah satu web pembelajaran pengaturcaraan asas yang menarik adalah Codecademy. Setelah menawarkan topik-topik berkaitan dengan JavaScript sebelum ini, hari ini mereka menambah topik baru, berkaitan dengan HTML dan juga CSS, membolehkan mereka yang inginkan asas dalam membangunkan web mempelajarinya dengan mudah.

Pembelajaran berkaitan dengan HTML dan CSS ini dibangunkan oleh para pengguna Codecademy sendiri, melalui sokongan Creators yang terdapat padanya, membolehkan sesiapa sahaja menawarkan tutorial dalam bentuk interaktif dan mudah untuk difahami.

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, Codecademy telah menjadi salah satu platform pembelajaran pengaturcaraan yang menarik, dan dengan menambah kursus dan topik-topik baru, ia terus menjadikannya selangkah dihadapan lagi, selain pada masa yang sama membolehkan para pengguna terus mempelajari sesuatu yang baru pada laman tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk pelajari asas HTML, mungkin boleh rujuk ke laman Codecademy hari ini.

Komen