Cari @ Amanz

Nampaknya, seperti beberapa laman perkongsian fail yang lain, yang mana telah mematikan sokongan perkongsian sejak daripada MegaUpload ditimpa malang, kini WUpload turut sama mematikan sokongan perkongsian pada laman mereka, dan memfokuskan hanya pada sokongan storan sahaja, seperti beberapa perkhidmatan lain, seumpama Dropbox, SkyDrive dan sebagainya.

Perkara ini mungkin lanjutan daripada pengumuman pihak MPAA mengatakan mereka mensasarkan dan memberikan perhatian kepada lima laman perkongsian utama yang lain, termasuk WUpload yang mana merupakan salah satu laman perkongsian popular dikalangan pengguna.

Sebelum ini, beberapa laman perkongsian fail turut sama telah mematikan fungsi perkongsian mereka, termasuk FileSonic dan juga FileServe.

Sekiranya kebanyakkannya beralih kepada konsep seumpama storan awan, mereka mungkin perlu bersaing dengan beberapa nama besar yang lain, terutamanya Dropbox dan juga SkyDrive yang menawarkan fungsi sama dengan lebih banyak kemudahan dan kelebihan lagi. Google juga turut dilihat bakal melancarkan perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai Google Drive kepada umum tidak lama lagi.

Tips daripada Ijam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd