Cari @ Amanz

Antaramuka Blogger Baru Akan Diaktifkan Untuk Semua Dalam Beberapa Minggu Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Google telah pun mula memperkenalkan antaramuka baru untuk perkhidmatan Blogger sejak daripada beberapa bulan sebelum ini. Jikalau sebelum ini, ia tidak diaktifkan kepada semua secara automatik, tetapi memerlukan para pengguna mengakifkannya sendiri, perkara ini akan berubah tidak lama lagi, apabila Google akan mengaktifkan antaramuka dan rekabentuk baru itu kepada semua pengguna Blogger dalam masa beberapa minggu lagi.

Dengan menggunakan antaramuka Blogger yang baru, ia memberikan beberapa sokongan tambahan, termasuk integrasi bersama Google+, paparan dinamik, dan juga lebih dioptimasikan dengan pelbagai pilihan untuk enjin carian. Paparan antaramuka baru juga lebih kemas berbanding yang lama.

Namun, bagi para pengguna Blogger, tidak perlu risau, dimana paparan ini hanya melibatkan antaramuka Dashboard sahaja, dan tidak memberikan kesan kepada rekabentuk tema yang digunakan pada blog anda.


Komen ()