Carian
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu 23 Mac – 29 Mac
April 3, 2012 Ikhwan Nazri

Selepas mengambil rehat selama tiga minggu, kami kembali lagi dengan laporan Carian Terhangat Google Malaysia. Berbeza dengan minggu-minggu lepas, sepanjang 23 Mac sehingga 29 Mac, pelbagai perkara dicari oleh para pengguna tempatan dan menyaksikan tiga berita hiburan dan tiga berita berkaitan ilmiah muncul sebagai carian terhangat. Dan khas untuk para pembaca Amanz, pada minggu ini, kami turut sama menyediakan sebuah pertandingan ringkas untuk anda.

Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 23 Mac – 29 Mac

Berikut merupakan senarai kata kunci yang popular dan mendapat carian terhangat di Google Malaysia sepanjang tempoh tersebut:

  1. Tomcat
  2. Tulisa Contostavlos
  3. Selangkah ke UITM
  4. Keputusan SPM 2012
  5. Matrikulasi/ UPU
  6. Olivia Dewi
  7. Angry Birds Space
  8. The Hunger Games
  9. The Vow
  10. SNSD

Peraduan Teka Carian Google Terhangat

Caranya mudah sekali. Hanya teka apa kata kunci carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu ini (30 Mac – 6 April). Lihat disekitar dunia internet Malaysia, apakah perkara yang menjadi trend dan apakah perkara yang mahu diketahui oleh pengguna. Seterusnya, nyatakan apa kata kunci tersebut diruangan komen dibawah ini. 2 pemenang akan dipilih berdasarkan YANG TERAWAL MENYATAKAN KATA KUNCI NO 1.

Terma dan syarat

  • Pertandingan bulanan ini terbuka kepada semua pengguna internet di Malaysia kecuali pihak editorial Amanz dan keluarga terdekat mereka terutamanya Aman Firdaus.
  • Pemenang dipilih berkonsepkan Siapa Cepat dan Tepat, Dia Dapat! 2 peserta terawal yang menjawab kata kunci NO 1 dengan tepat akan memenangi peraduan ini.
  • Sekiranya tiada peserta yang berjaya meneka kata kunci NO 1, kata kunci NO 2 akan dicari dalam jawapan peserta dari mula.
  • Peserta boleh menyenaraikan maksimum TIGA SAHAJA KATA KUNCI.
  • Peserta perlu memberikan jawapan didalam ruang komentar berita ini. Jawapan yang dihantar melalui medium lain seperti di Twitter, Youtube, Facebook tidak akan diterima.
  • Jawapan perlu disertakan dengan Nama dan Email yang sah. (pada kotak komen)
  • Jawapan perlu dipos dalam komen box sebelum 6 April 2012, Pukul 1159 malam.
  • 2 pemenang akan dihubungi oleh pihak Amanz dan nama pemenang tersebut akan diumumkan semasa Google Zeitgeist minggu berikutnya.
  • Hadiah adalah tertakluk kepada pihak Google Malaysia dan berlainan setiap bulan.
Komen