Aplikasi Instagram Untuk Android Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Digunakan

Aplikasi Instagram Untuk Android Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Digunakan

Diterbitkan pada Apr 4, 2012 oleh .

Akhirnya, salah satu berita gembira untuk para pengguna Android, dimana aplikasi Instagram yang hanya eksklusif untuk para pengguna iOS selama ini, kini sudah pun boleh didapati oleh para pengguna Android, dimana anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Market hari ini.

Sama seperti pada versi iOS, ia membolehkan para pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera terbina, kemudiannya menambah efek-efek khas padanya dengan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik lagi. Seterusnya, para pengguna dengan mudah boleh berkongsi gambar tersebut dengan yang lain terus melalui aplikasi tersebut ke laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan juga FourSquare.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong Android 2.2 dan ke atas sahaja, dan bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini daripada Google Play Market.


TIPS & ULASAN