Cari @ Amanz

Opera boleh dikatakan merupakan salah satu pembangun pelayar web untuk peranti mudah-alih yang amat popular, dengan angka pengguna melangkaui lebih 160 juta pengguna seluruh dunia. Kini, mereka terus menambah-baik perisian mereka, dengan mengumumkan sokongan extensions untuk pelayar web mudah-alih mereka, membolehkan pengguna menggunakannya sama seperti pelayar desktop Opera.

Buat masa ini, sokongan ini masih lagi dalam peringkat pembangunan, namun para pengguna yang ingin mengujinya, boleh memuat-turun perisian versi pembangunan daripada Opera Labs hari ini. Ia masih dilabelkan sebagai eksperimental, dan masih mempunyai pelbagai fasa pembangunan sebelum ia dilancarkan kepada umum kelak.

Buat masa ini, Opera Software menawarkan sokongan ini dalam bentuk eksperimental untuk pengguna Android, selain beberapa emulator untuk pengguna yang ingin mengujinya pada desktop mereka. Sokongan extensions untuk pelayar web mudah-alih merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna, dan mungkin pengguna Opera Mobile sendiri akan gembira dengan berita ini.

Tips daripada Arif Ishak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd