Cari @ Amanz

Hari demi hari, serangan yang berlaku melalui web semakin meningkat, dan amat membimbangkan ramai pengguna. Untuk mengatasi daripada terus menjadi mangsa, CyberSecurity Malaysia kini menawarkan DNSwatch, membolehkan anda memastikan keselamatan laman web yang anda layari dengan semakan yang dilakukan secara automatik.

DNSwatch menyemak setiap pautan yang anda buka samada ketika melayari web mahupun ketika membuka emel, dan memastikannya bersama-sama dengan data yang terdapat pada pelayan untuk informasi berkaitan dengannya. Ia juga melindungi komputer para pengguna daripada memuat-turun perkara yang membahayakan dan memasangnya pada kompter anda.

Sekiranya DNSwatch mendapati sebarang laman berbahaya dan sebagainya, ia akan membawa pengguna terus ke halaman khas, dan memberikan amaran kepada pengguna.

Untuk mula menggunakan DNSwatch, para pengguna hanya perlu mengubah alamat DNS anda kepada 175.139.182.51 dan melindungi komputer atau info anda daripada menjadi mangsa. Untuk maklumat lanjut pemasangan, anda boleh rujuk kepada dokumen berbentuk PDF mengikut sistem operasi anda : Windows XP, Vista, Windows 7, OS X, dan juga Linux.

Tips daripada Adnan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd