(Video) Perbandingan Antara iPad Baru Dan iPad 2

(Video) Perbandingan Antara iPad Baru Dan iPad 2

Diterbitkan pada Apr 4, 2012 oleh .

Apple pada bulan lepas telah pun secara rasminya memperkenalkan iPad generasi ketiga mereka, dikenali sebagai iPad Baru. Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, namun telah mulakan jualan dibeberapa negara lain, dan beberapa jangkaan awal mengatakan ianya akan tiba di Malaysia sekitar pertengahan April ini ataupun sekitar Mei kelak.

Berbanding dengan iPad 2, iPad generasi ini membawakan sokongan grafik dan pemprosesan yang lebih tinggi, kamera yang lebih baik lagi berbanding sebelumnya, selain turut menyertakan sokongan Voice Dictation padanya.

Dari segi resolusi, Xperia S masih memegang takhta untuk resolusi paling tinggi buat masa ini berbanding peranti lain. Namun, kalau dibandingkan dengan iPad 2, iPad generasi ketiga ini membawakan resolusi yang lebih baik, dimana gambar dan juga teks yang dipaparkan adalah lebih jelas lagi. Bateri yang dibawakan oleh iPad generasi baru ini juga lebih besar lagi berbanding yang sedia ada, sekaligus memerlukan masa mengecas yang sedikit lama berbanding biasa.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk iPad generasi baru masih tidak diketahui, tetapi disasarkan bermula daripada RM1499 sama seperti harga jualan iPad sebelum ini.


TIPS & ULASAN