Cari @ Amanz

Membangunkan laman web untuk organisasi dan sebagainya mungkin agak sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang HTML dan juga CSS. Walaupun terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan pembangunan laman web dengan mudah, Sidengo menawarkan salah satu perkhidmatan yang amat menarik sekali, dan disediakan secara percuma untuk semua pengguna.


Contoh Laman Yang Dibangunkan Menggunakan Sidengo


Contoh Laman Yang Dibangunkan Menggunakan Sidengo

Bagi anda yang pernah membuat halaman khas pada About.Me, mungkin tiada sebarang masalah menggunakan laman Sidengo. Seperti Sidengo, ia membolehkan pengguna membangunkan laman web untuk organisasi, perniagaan dan sebagainya dengan mudah, disamping menambah beberapa halaman tambahan, seperti laman untuk produk, pengenalan, dan juga borang tambahan (untuk dihubungi mahupun tempahan).

Anda juga boleh menyertakan pautan ke laman-laman sosial lain, seperti Facebook, Twitter, Flickr mahupun YouTube, disamping sokongan PDF dan sebagainya turut didatangkan bersama-sama. Menariknya, Sidengo juga turut dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih, jadi anda tidak lagi perlu risau untuk pengguna yang mengaksesnya melalui telefon pintar mahupun tablet.

Buat masa ini, Sidengo masih ditawarkan dalam bentuk beta secara percuma. Jadi, sementara ianya masih lagi pada peringkat percuma, mungkin anda boleh mencubanya, selain membangunkan laman yang profesional untuk perniagaan ataupun organisasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd