Chrome WebStore Membawakan Sokongan Trending

Chrome WebStore Membawakan Sokongan Trending

Diterbitkan pada Apr 4, 2012 oleh .

Salah satu kelebihan pada Google Chrome adalah sokongan Chrome Webstore padanya. Hari ini, nampaknya Google telah menambah sokongan baru pada Chrome Webstore mereka, membolehkan para pengguna melihat aplikasi apakah yang sedang hangat dimuat-turun dan digunakan oleh para pengguna Chrome seluruh dunia, melalui pautan dinamakan Trending.

Melaluinya, ia akan memudahkan para pengguna Chrome menemui aplikasi mahupun extension untuk Google Chrome yang popular dan hangat dimuat-turun pada sesuatu hari, sekaligus membolehkan mereka mencubanya dan menggunakannya sekali.

Selain daripada itu, Chrome WebStore juga turut kini memudahkan para pengguna melihat aplikasi dan extension dengan sokongan luar-talian, dan membolehkan para pengguna mengetahui apakah aplikasi yang boleh digunakan tanpa rangkaian internet.

Selain daripada itu, ketika menemui pihak Google Malaysia tempoh hari ketika pelancaran YouTube Malaysia, ia turut diketahui yang mana Chrome WebStore yang memfokuskan pengguna Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, Chrome WebStore versi tempatan telah pun diperkenalkan kepada para pengguna Indonesia.


TIPS & ULASAN