Cari @ Amanz

Dropbox boleh dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang terbaik di pasaran. Dengan pelancaran Google Drive yang semakin hampir, kini Dropbox menambah ganjaran kepada pengguna sedia ada, dengan menawarkan ruangan percuma sehingga 16GB secara percuma, dimana anda mendapat ruangan tambahan sebanyak 500MB untuk setiap rakan anda yang mendaftar melalui anda.

Sebelum ini, Dropbox hanya menawarkan sebanyak 250MB untuk setiap rakan anda yang mendaftar melalui anda, namun bermula daripada hari ini, ia digandakan menjadi 500MB.

Selain daripada ia menguntungkan para pengguna sedia ada dengan menambah ruangan secara percuma, ia juga memberikan kelebihan untuk Dropbox dalam terus menambah angka pengguna berdaftar mereka, sekaligus membawa perkhidmatan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Antara pesaing terdekat Dropbox buat masa ini adalah SkyDrive dan juga Box.net. Namun lebih ramai gemarkan aplikasi dan sokongan desktop yang terdapat pada Dropbox, dan sokongannya pada pelbagai platform. Bagi anda yang tidak mempunyai akaun Dropbox, mungkin boleh mendaftarkan diri hari ini (pautan referral), dan mengujinya sendiri, sementara menantikan Google Drive dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd