Cari @ Amanz

Bagi para pengguna internet tegar, Khan Academy merupakan salah satu perkara yang diketahui, dan menjadi rujukan apabila ingin menambah pengetahuan berkaitan dengan Matematik, Sains dan sebagainya. Sebelum ini, mereka juga turut sama menawarkan aplikasi untuk iPad, untuk memudahkan lagi para pengguna mengikuti pembelajaran terus daripada tablet popular itu.

Bagi yang tidak mengenali akan Khan Academy, ianya merupakan salah satu projek yang dimulakan oleh Salman Khan dalam usaha untuk membantu sepupu beliau berkenaan topik berkaitan Matematik. Setelah memulakannya dengan memberi bantuan melalui panggilan video, untuk memudahkan tugas beliau, sebuah video berkaitan dengan topik Matematik telah dimuat-naik ke laman YouTube beliau, dan sejak daripada itu, dengan pertambahan pengguna yang bertanyakan soalan, mahupun memberikan sokongan dan pujian untuk video tersebut, kini Khan Academy telah menjadi salah satu laman rujukan terkemuka di web.

Selain daripada bantuan pengajaran berasaskan video, melalui laman Khan Academy juga, latihan disediakan, membolehkan mereka yang telah mengikuti sesuatu topik itu membuat latihan, dan memahaminya secara mendalam sebelum meneruskan kepada topik yang lain.

Bagi anda yang gemar akan topik Matematik, mahupun mempunyai anak-anak atau adik-adik yang sedang dalam bangku sekolah mahupun universiti, mungkin anda boleh kenalkan laman Khan Academy ini, sekaligus membantu mereka mendalami pelbagai topik pembelajaran dari hari ke hari.

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd