Lelong Menguji Aplikasi Untuk Android Dan iOS Dalam Versi Beta

Lelong Menguji Aplikasi Untuk Android Dan iOS Dalam Versi Beta

Diterbitkan pada Apr 5, 2012 oleh .

Bagi para pengguna internet tempatan, laman jual beli Lelong.com.my merupakan salah satu laman yang dituju untuk melakukan jual beli dan sebagainya. Akhir-akhir ini dengan pelbagai iklan yang muncul pada laman tersebut, ia menjadi kurang menarik untuk digunakan. Namun begitu, sebagai penyelesaiannya, kini aplikasi mudah-alih Lelong.com.my ditawarkan dalam bentuk beta untuk para pengguna Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi tersebut, para penguna dengan mudah boleh membuat carian barangan yang mereka kehendaki, dan mengetahui harga jualannya dan harga bidaan terkini, terus daripada peranti mudah-alih mereka, tanpa perlu membuka komputer dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tiada sokongan bidaan atau membeli terus disertakan pada aplikasi versi beta ini, sebaliknya apabila para pengguna memilih pilihan “Buy Now” pada aplikasi tersebut, ia akan membuka pelayar web, dan para pengguna perlu menguruskannya daripada pelayar web peranti anda.

Walaupun ia mungkin salah satu kekurangan disebabkan tidak boleh membeli terus daripada aplikasi tersebut, kebolehan untuk membuat carian barangan dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut sendiri adalah salah satu perkara yang baik bagi mereka yang ingin mengetahui harga semasa sesuatu produk, ataupun membuat carian berkenaan sesuatu produk, sebelum menentukan untuk membelinya ataupun tidak.

Bagi para pengguna yang berminat dan sering menggunakan laman Lelong.com.my, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk beta terus daripada Google Play ataupun daripada AppStore hari ini.


TIPS & ULASAN