WordPress 3.4 Beta 1 Sedia Untuk Diuji Oleh Semua

Diterbitkan pada Apr 5, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu platform menulis blog terkemuka dan digunakan ramai didunia adalah WordPress. Seperti semua sedia maklum, WordPress mengeluarkan versi baru, hampir setiap 6 bulan sekali, dan kini mereka dalam proses memperkenalkan WordPress 3.4 kepada umum, dengan versi betanya sedia untuk diuji sekarang.

Melalui WordPress 3.4 Beta, ia turut membawakan sokongan serba baru padanya, iaitu sokongan Theme Customizer membolehkan para pengguna tanpa pengetahuan sebarang pengaturcaraan ataupun mengenali HTML dan juga CSS mengubahsuai rekabentuk dan antaramuka tema mereka dengan mudah melalui sokongan WYSIWYG.

Ia juga membawakan pelbagai penambah-baikkan dari segi prestasi penggunaan aplikasi WordPress itu sendiri. Buat masa ini, ia masih belum stabil sepenuhnya, dan bagi para pembangun yang ingin menyumbang kepada komuniti WordPress, mungkin boleh menguji WordPress 3.4 Beta, dan memberikan maklumbalas mengenainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami