SoftSpace Mensasarkan Memperkenalkan Perkhidmatan Mereka Seawal Bulan Julai

SoftSpace Mensasarkan Memperkenalkan Perkhidmatan Mereka Seawal Bulan Julai

Diterbitkan pada Apr 5, 2012 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan syarikat tempatan, mungkin anda sedia maklum mengenai SoftSpace yang bakal melancarkan kemudahan sokongan pembayaran kad kredit melalui iPad, iPhone mahupun iPod Touch, melalui tambahan peranti yang ditawarkan mereka. Kini, ia diketahui yang mana SoftSpace mensasarkan untuk melancarkan perkhidmatan tersebut kepada umum sekitar bulan Julai kelak.

Info mengenai pakej dan tawaran yang bakal dibawakan oleh SoftSpace masih lagi tidak jelas buat masa ini, memandangkan mereka masih belum mengemaskini laman web mereka. Namun, apa yang diketahui adalah mereka sedang menantikan kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia buat waktu ini. Ini adalah kerana SoftSpace bakal melibatkan transaksi wang, dan kebenaran tersebut merupakan salah satu perkara yang akan menambah kredibiliti pihak mereka, disamping dapat memudahkan mereka beroperasi di Malaysia.

Mereka mensasarkan sekiranya semuanya berjalan lancar, perkhidmatan SoftSpace akan mula beroperasi bermula bulan Julai kelak. Mungkin lebih banyak maklumat akan diketahui dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN