Aplikasi Petronas PitStop Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi Petronas PitStop Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Apr 5, 2012 oleh .

Pada Januari yang lepas, Petronas telah pun memperkenalkan aplikasi Petronas PitStop kepada para pengguna iPhone. Kini, aplikasi yang sama diperkenalkan kepada para pengguna Android, membolehkan mereka menemui lebih 900 stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia, terus daripada peranti pintar mereka.

Melaluinya, ia membolehkan bukan sahaja mengetahui lokasi stesen minyak Petronas terdekat, tetapi apa yang terdapat pada setiap stesen, seperti sokongan ATM mengikut bank apa, adakah terdapat kedai Mesra ataupun tidak, sokongan kedai makanan segera tambahan, dan sebagainya. Ia juga turut menyertakan waktu operasi untuk setiap stesen, disamping anda boleh mengetahui berapakah jarak anda dengan sesebuah stesen Petronas itu.

Selain daripada sokongan geolokasi yang membolehkan anda mengetahui stesen minyak Petronas terdekat, ia juga membolehkan para pengguna untuk promosi semasa Petronas, dan juga apakah video-video terbaru daripada pihak Petronas melalui saluran YouTube mereka. Para pengguna turut boleh menghubungi pihak Petronas terus daripada aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kami kurang gembira dengan aplikasi ini adalah saiz aplikasinya, iaitu sebesar 24MB. Namun, bagi anda yang gemar merantau dan berjalan, aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi berguna untuk anda. Untuk anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi tersebut daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN