Where’s My Chicken – Permainan Android Dari Pembangun Tempatan – Lebih 3,000 Muat-Turun Setiap Hari

Where’s My Chicken – Permainan Android Dari Pembangun Tempatan – Lebih 3,000 Muat-Turun Setiap Hari

Diterbitkan pada Apr 5, 2012 oleh .

Aplikasi berbentuk permainan yang dibangunkan pembangun tempatan boleh dikatakan agak banyak, tetapi yang benar-benar berkualiti boleh dikatakan amat sedikit. Terkini, Accurve Studio membawakan aplikasi berbentuk permainan mereka untuk pengguna Android, yang mana dikenali sebagai Where’s My Chicken, dimana menariknya, sehingga artikel ini ditulis, ia telah dimuat-turun lebih 20,000 kali sejak dilancarkan minggu lepas.

Melalui permainan Where’s My Chicken ini yang dibangunkan oleh hanya dua orang pembangun, ia membawakan permainan ringkas, dimana para pengguna bertugas untuk menjaga reban ayam mereka daripada diserang oleh musang, dan juga mengumpulkan telur ayam yang terhasil. Pelbagai fasa dan tahap permainan disediakan, membawakan cabaran berbeza untuk setiap tahap, dengan halangan dan pertambahan fungsi permainan pada setiap tahap.

Kami sendiri seperti jatuh cinta pada permainan tersebut dengan permainannya yang menarik dan ringkas. Apatah lagi mengetahui ianya dibangunkan pembangun tempatan, ia membuatkan kami lebih mencintai permainan tersebut.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan Where’s My Chicken hari ini secara percuma (dengan sokongan iklan) mahupun membeli versi bebas iklan daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN