Antaramuka Firefox UX Memperlihatkan Perubahan – Memfokuskan Lebih Kawalan Kepada Pengguna

Antaramuka Firefox UX Memperlihatkan Perubahan – Memfokuskan Lebih Kawalan Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Apr 6, 2012 oleh .

Seperti sedia maklum, Mozilla kini sedang dalam usaha untuk membangunkan rekabentuk baru untuk pelayar web terkemuka mereka, Firefox. Mozilla sendiri telah pun menyediakan FirefoxUX sejak sebelum ini, membolehkan para pengguna menguji dan memberikan maklumbalas berkaitan dengan antaramuka baru untuk pelayar web tersebut, dan kini sebuah halaman khas disediakan, menawarkan lebih banyak informasi berkaitan bagaimanakah rekabentuk tersebut akan kelihatan kelak.

Melaluinya, beberapa perkara diberikan perhatian, seperti rekabentuk panel yang diberikan nafas baru pada bahagian toolbar, sokonga mod untuk perubahan ketika melayari laman web, serta sokongan drag-dan-drop daripada menu ke toolbar dengan mudah, untuk akses pantas. Dengan sokongan drag-dan-drop ni, ia akan membolehkan para pengguna menentukan menu apakah yang mereka inginkan pada pelayar web Firefox untuk akses pantas, dan apakah yang tidak begitu penting untuk mereka. Sebuah halaman khas turut ditambah pada bahagian firefox:customize untuk membolehkan para pengguna mengubah-suai apa yang mereka inginkan, sekaligus menjadikan pelayar web itu lebih mesra dengan personaliti seseorang.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan tidak lagi diketahui bilakah pihak Mozilla akan melancarkan antaramuka baru ini secara rasminya kepada semua. Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, mungkin boleh memuat-turun Firefox UX yang menguji antaramuka dan rekabentuk baru ini, serta memberikan maklumbalas anda berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN