Membaca blog mahupun laman berita kadangkala mengambil masa yang agak lama dan sering diganggu dengan iklan dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, ramai yang menggunakan aplikasi pembaca RSS, seperti Google Reader dan sebagainya. Namun, ia tidak menyertakan komen mahupun reaksi berkenaan dengan sesuatu artikel di laman sosial seperti Twitter dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu aplikasi yang menarik adalah Subpug.
Subpug tidak memerlukan sebarang pendaftaran dan sebagainya, dan hanya menyimpan semua data pada pelayar web anda, dan anda hanya perlu ke laman Subpug untuk membaca berita-berita terkini daripada pelbagai laman pada satu halaman dengan mudah.
Sekiranya anda malas untuk menambah RSS, ia turut memberikan sokongan untuk mengimport data daripada OPML, ataupun memilih daripada pilihan langganan yang disediakan mereka. Walaubagaimanapun, cara penambahan laman baru untuk pembacaan pada Subpug amat mudah, dimana anda boleh melakukannya dengan hanya memasukkan URL, dan segala data akan ditarik untuk dipaparkan untuk anda.
Walaubagaimanapun, ia memerlukan pemilik laman web tersebut mengaktifkan sokongan RSS penuh untuk anda dapat membaca sesuatu artikel secara menyeluruh. Jikalau sebaliknya, hanya sebahagian artikel sahaja akan dipaparkan, dan untuk membaca sepenuhnya, para pengguna perlu melayari laman web tersebut sendiri.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menggunakan Subpug hari ini, dan memudahkan pembacaan anda.