Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital – Melancarkan Aplikasi Untuk iPad

Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital – Melancarkan Aplikasi Untuk iPad

Diterbitkan pada Apr 6, 2012 oleh .

Nampaknya dunia penerbitan digital akan semakin meriah sepanjang tahun ini, dimana selepas PC.com melancarkan aplikasi iPad mereka menggunakan platform Aiyo daripada TeratoTech, hari ini, Tabung Haji turut sama menyertai mereka dalam menerbitkan aplikasi iPad mereka, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kandungan berkaitan panduan umrah dan haji terus melaluinya.

Aplikasi tersebut ditawarkan secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja dengan iPad untuk memuat-turun dan menggunakannya. Namun, untuk memuat-turun kandungan seperti buku digital dan sebagainya, para pengguna perlu melakukan pembayaran dalam aplikasi (in-app purchase), yang mana mempunyai penghargaan yang berbeza. Memandangkan aplikasi ini baru dilancarkan hari ini, maka kandungannya masih lagi kurang, dan mungkin akan ditambah dari hari ke hari.

Bagi anda yang menggunakan iPad, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Tabung Haji secara percuma, dan mengikuti pelbagai kandungan berkaitan dengan haji dan umrah terus melalui iPad anda dengan mudah hari ini.


TIPS & ULASAN