Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan lebih ganjaran kepada para pengguna Dropbox pada awal minggu ini, kini perkhidmatan storan awan terkemuka itu terus menambah baik perkhidmatan mereka, dengan memperkenalkan sokongan drag-dan-drop untuk versi web mereka, memudahkan para pengguna untuk memuat-naik dokumen dan sebagainya melalui pelayar web.

Untuk menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu perlu menggunakan Chrome, Firefox ataupun Safari. Ia masih tidak diketahui sama ada adakah Internet Explorer diuji ataupun sebaliknya.

Melalui sokongan baru ini, ia tidak lagi memerlukan para pengguna melalui pelbagai langkah untuk memuat-naik dokumen seperti sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menarik, dan melepaskan dokumen pada web Dropbox, dan ia akan dimuat-naik dengan mudah.

Untuk memudahkan lagi, mungkin para pengguna boleh mencuba klien desktopnya, membolehkan anda melakukan pelbagai perkara dengan fail-fail anda yang distorkan pada Dropbox dengan lebih mudah, tanpa perlu membuka pelayar web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd