Lumia PureView – Peranti Nokia Windows Phone Dengan Kamera 41-MP?

Lumia PureView – Peranti Nokia Windows Phone Dengan Kamera 41-MP?

Diterbitkan pada Apr 6, 2012 oleh .

Nampaknya teknologi PureView yang diperlihatkan oleh Nokia dengan sokongan kamera 41-megapixel sebelum ini bukan sahaja digunakan menggunakan platform Symbian, tetapi melalui ura-ura awal yang kedengaran, ia juga akan turut digunakan oleh Nokia pada peranti keluarga Windows Phone.

Melalui gambaran konsep yang diperlihatkan, ia diperkatakan berkemungkinan besar peranti tersebut hanya akan menggunakan Windows Phone 8, dan bukannya Windows Phone 7, memandangkan Mango masih lagi tidak menyokong kamera berkuasa tinggi.

Melalui paparan slaid yang diperlihatkan laman IT168, ia turut menunjukkan beberapa data tambahan seperti skrin sentuh seluas 4.3-inci, kamera 41-MP dengan sokongan Carl Zeiss dan juga PureView, cip pemprosesan dwi-teras Adreno 320 GPU, dan sokongan rakaman video HD 1080p padanya.

Namun laman tersebut juga turut mengatakan yang mana peranti ini masih lagi pada peringkat konsep dan tiada sebarang rancangan untuk mengeluarkannya.

Sebagai tambahan, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Nokia 808 PureView akan tiba di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN