Ketika jalan raya sesak, salah satu perkara yang sering difikirkan adalah berkenaan dengan kereta terbang dan sebagainya. Sebelum ini beberapa filem fiksyen telah pun memperlihatkan kereta terbang pada masa hadapan. Walaupun pada filem, ia hanya grafik semata-mata, tetapi perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil, dan beberapa syarikat telah pun mula menguji kereta terbang dalam bentuk prototaip.
Walaubagaimanapun, melalui konsep yang diperlihatkan, ia masih mempunyai bilah terbang seumpama helikopter, mahupun sayap seumpama kapal terbang, dan bukannya seperti apa yang diperlihatkan dalam bentuk filem, dimana tayar dilipat ke bawah, dan terbang begitu sahaja.
Tetapi, dengan teknologi yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif. Mungkin pada suatu hari nanti, Proton mahupun Perodua melancarkan kereta terbang mereka di Malaysia…