Bagi mereka yang terlibat dalam industri IT, salah satu program mahupun rancangan televisyen tempatan yang menarik adalah MyEG, dimana melaluinya, ia memperlihatkan beberapa usahawan mahupun pembangun tempatan dengan idea-idea menarik memperlihatkan projek mereka kepada umum, dalam usaha untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Melalui musim pertama sebelum ini, ia telah dimenangi oleh VoucHEREs, yang mana menawarkan aplikasi dengan integrasi sokongan pembelian berasaskan lokasi. Buat masa ini, VoucHEREs telah mula beroperasi di pusat membeli-belah MidValley, dan berkembang dari hari ke hari.
Jadi, apakah produk dan perkhidmatan yang diperlihatkan pada MyEG Musim Kedua ini?
Warehouzs
Salah satu produk yang pernah kami tulis akan sebelum ini, dimana melalui WareHouzs, ia membolehkan para pelajar untuk tidak lagi perlu membawa pulang barangan daripada universiti mereka kembali ke rumah pada setiap cuti semester, sebaliknya boleh disimpan melalui gudang mereka, dan diuruskan melalui sistem atas-talian, dan setiap satunya akan membawakan sokongan kod khas tersendiri padanya.
Piktochart
Bagi para pengemar infografik, mungkin anda kenal akan syarikat tempatan ini, iaitu Piktochart, menawarkan sokongan untuk membuat infografik terus daripada pelayar web tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.
FanXT
Pada hari ini, terdapat pelbagai laman yang menawarkan sokongan dan permainan “sukan fantasi”, dimana selalunya memfokuskan kepada sukan daripada Amerika Syarikat mahupun Eropah sahaja. Tetapi mengabaikan kebanyakkan negara lain di seluruh dunia. Melalui FanXT, ia memfokuskan kepada sukan antarabangsa, termasuk bola sepak, kriket, dan juga F1 padanya.
IslamTag
Secara ringkasnya, IslamTag merupakan laman sosial yang memfokuskan kepada pengguna Islam, dan juga mereka yang ingin mendalami agama Islam. Selain daripada sokongan sosial biasa, laman tersebut turut memfokuskan kepada isu privasi, disamping mengintegrasikan beberapa sokongan tambahan seperti jual-beli dan sebagainya.
CanaiKing
Ini mungkin tiada kaitan dengan penggunaan web mahupun aplikasi mudah-alih. Namun, kami mendapati idea mereka agak menarik, dimana menawarkan bas yang didatangkan dengan restoran terbina padanya, membolehkan para pengguna untuk makan sambil bergerak ke lokasi yang dituju. Perkara ini mungkin sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan masa untuk membuat sesuatu perkara dan sebagainya.
ZigZeg
Pencarian maklumat berkaitan dengan sesuatu lokasi tempatan di Malaysia mungkin agak sukar, memandangkan beberapa produk seperti Google dan sebagainya lebih dioptimasikan untuk Amerika Syarikat. Dan untuk mengatasi perkara ini, ZigZeg muncul, membolehkan para pengguna mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu lokasi seperti kemudahan berdekatan, dan informasi berkaitan dengan sesuatu lokasi dengan lebih mudah lagi.
CloudStat
Data dan analisa mendalam merupakan salah satu perkara yang semakin menjadi permintaan dari hari ke hari. Dan CloudStat merupakan salah satu platform yang menawarkan untuk memudahkan anda menguruskan data, semuanya terus melalui pelayar web anda.
Lain-lain
Pelbagai projek dan idea lain turut diperlihatkan oleh para pembangun dan juga usahawan tempatan, dimana pada musim kali ini, kebanyakkan produk boleh dikatakan berkait rapat dengan dunia atas-talian. Bagi anda yang ingin mengikuti video-video lain, mungkin boleh rujuk ke saluran YouTube MyEG.