Cari @ Amanz

Selepas Grand Theft Auto yang dilancarkan untuk platform Android dan juga iOS, nampaknya, Rockstar Games akan memperkenalkan lebih banyak permainan popular mereka kepada pengguna mudah-alih. Terkini, mereka bakal melancarkan permainan Max Payne kepada para pengguna iOS dan juga Android dalam bulan ini, disasarkan pada 26 April.

Permainan yang akan dikenali sebagai Max Payne Mobile ini bakal dilancarkan untuk iOS pada 12 April kelak, dan diikuti untuk platform Android pada 26 April kelak. Namun harga permainan tersebut masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Permainan tersebut akan dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh, sama seperti apa yang dilakukan oleh Rockstar untuk permainan Grand Thef Auto 3 sebelum ini. Ia akan membawa permainan Max Payne seperti mana dilancarkan pada beberapa tahun dulu ke platform iOS dan Android, membolehkan para peminat May Payne memainkannya pada telefon pintar mahupun tablet mereka.

Bagi yang tidak ketahui akan permainan Max Payne, ia membawakan permainan dimana pemain akan memainkan watak seorang polis dalam membalas dendam setelah kehilangan keluarganya. Salah satu elemen yang menarik padanya adalah kawalan masa, dimana anda boleh melambatkan masa ketika menembak, dan mengawal watak dengan lebih baik lagi ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd