Carian
iPidato – Platform Berdebat Pelbagai Topik Daripada MyEG
April 7, 2012 Aman

MyEG boleh dikatakan salah satu syarikat berasaskan internet yang popular di Malaysia. Selain daripada hanya menyediakan laman pembayaran saman, dan beberapa perkara berkaitan dengannya, mereka juga menganjurkan program Make A Pitch untuk membantu pembangun dan usahawan tempatan, selain mana kini mereka dalam perancangan untuk melancarkan laman iPidato.

Buat masa ini, ia berfungsi dalam bentuk beta, menawarkan pelbagai persoalan, dan para pengguna boleh menjawabnya dengan mudah, dengan menawarkan pelbagai bukti dan sebagainya. Ia menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook, jadi berkemungkinan lebih ramai mendaftarkan diri dengan mudah untuk platform tersebut.

Disamping itu, pada halaman utama, mereka turut memperlihatkan yang mana melalui platform iPidato, mereka akan membawakan suatu debat yang besar pada 16 April kelak. Namun maklumat berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Buat masa ini, kelihatan platform tersebut lebih digunakan untuk berdebat berkaitan dengan sukan, ekonomi dan juga politik.

Komen