Kemaskini Instagram Untuk Android Membawakan Sokongan Kad-SD Dan Tablet

Kemaskini Instagram Untuk Android Membawakan Sokongan Kad-SD Dan Tablet

Diterbitkan pada Apr 7, 2012 oleh .

Pada pelancaran Instagram untuk Android tempoh hari, salah satu kekurangan yang terdapat padanya adalah ketiadaan sokongan untuk memindahkan aplikasi dan pemasangan tersebut ke kad-SD. Dan kini, melalui kemaskini 1.0.3, pihak Instagram telah pun mengemaskininya, dan membawakan sokongan tersebut.

Gambar oleh Fadhlisham.

Bersama-sama dengan sokongan tersebut, ia turut membawakan sokongan untuk tablet, dan juga peranti internet (yang hanya menyokong WiFi sahaja seperti Galaxy S WiFi dan sebagainya).

Beberapa kemaskini kecil turut disertakan pada kemaskini Instagram 1.0.3 untuk Android ini, dan terus menambah-baik aplikasi yang telah dimuat-turun lebih daripada 1 juta kali dalam tempoh kurang 24 jam. Walaupun aplikasi Instagram mungkin kelihatan biasa sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan aplikasi seperti PicPlz, Hipster dan sebagainya, salah satu kelebihan yang terdapat padanya adalah dari segi komuniti yang agak aktif berbanding aplikasi yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Instagram untuk Android ini daripada Google Play Store hari ini, dan mula menambah efek khas pada gambar yang dirakamkan oleh anda.


TIPS & ULASAN