Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Instagram pada platform Android, dan komunitinya yang agak aktif, mungkin anda tidak ingin ketinggalan sebarang kemaskini apabila menggunakan desktop anda. Untuk menyelesaikan perkara ini, dan mengakses Instagram terus pada desktop Windows anda, mungkin anda boleh mencuba aplikasi tambahan pada Pokki, dinamakan sebagai Instagrille.

Instagrille menggunakan Pokki sebagai asas utamanya, sekaligus membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah, terus melalui taskbar desktop anda. Namun, ia tidak menyertakan sokongan untuk memuat-naik gambar ataupun mendaftarkan akaun, yang mana untuk melakukannya anda masih memerlukan aplikasi Instagram pada iOS ataupun Android.

Namun, melalui Instagrille, anda dengan mudah boleh melihat dan browse pelbagai gambar yang dimuat-naik oleh rakan-rakan anda, mahupun komuniti Instagram secara amnya, selain pada masa yang sama berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui integrasi Twitter dan Facebook, ataupun meninggalkan komen padanya.

Bagi para pengguna Windows, mungkin anda boleh memuat-turun dan memasang aplikasi Instagrille hari ini secara percuma. Pihak Pokki turut mengatakan akan membawakan sokongan aplikasi mereka kepada platform Mac pada tahun ini. Namun, tarikh pastinya masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd