Cari @ Amanz

Pengasas YouTube Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Untuk Membina Majalah Digital

Oleh Aman

Link Copied!

Untuk mereka yang mengikuti perkembangan pengasas YouTube, pada tahun lepas mereka telah memperkenalkan syarikat baru bernama AVOS, dan pada masa yang sama mengambil-alih Delicious daripada Yahoo! dalam memfokuskan kepada perkongsian kandungan bersama lain. Dan kini, ia kelihatan, mereka terus memfokuskan kepada penghasilan kandungan, dan bakal memperkenalkan perkhidmatan dinamakan Zeen.

Buat masa ini, laman Zeen (singkatan Magazine?) hanya memperlihatkan mesej akan datang, dan tidak diketahui bilakah akan dilancarkan secara rasminya. Ia dilaporkan yang mana melalui Zeen kelak, ia akan membantu para pengguna dalam membangunkan majalah dan juga memudahkan pengguna biasa dalam menemui majalah-majalah baru yang menarik.

Selain daripada Zeen, di Malaysia, beberapa syarikat turut sama memfokuskan kepada penghasilan majalah digital dengan mudah. Salah satunya adalah TeratoTech dengan platform mereka Aiyo yang bakal memperkenalkan versi terbaru platform mereka dalam masa terdekat ini. Ia bakal memudahkan para pengguna untuk membangunkan majalah digital terus daripada iPad mereka dengan mudah.

Selain TeratoTech, WutMedia turut sama memfokuskan kepada perkara sama, dan bakal memperkenalkan sesuatu berkenaan dengan pembangunan buku digital kepada umum, dinamakan WutPress. Namun, masih tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan dengannya buat masa ini.


Komen ()