#Info: Maklumat Facebook Anda yang dikongsikan kepada Pihak Berkuasa

#Info: Maklumat Facebook Anda yang dikongsikan kepada Pihak Berkuasa

Diterbitkan pada Apr 7, 2012 oleh .

Facebook merupakan sebuah laman sosial yang hampir dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Saat ini, Facebook boleh dikatakan menjadi hub data terbesar yang menyimpan maklumat bagi setiap manusia yang wujud di seluruh dunia. Dengan aktiviti jenayah siber mahupun fizikal yang kerap berlaku, pihak berkuasa di seluruh dunia mula mencuba cara penyiasatan moden dengan bertindak mendapatkan maklumat penjenayah melalui laman sosial tersebut.

Berbicara tentang mendapatkan maklumat dari Facebook, ianya bukanlah satu pelanggaran hak privasi pemilik akaun. Facebook melalui terma dan syarat penggunaan laman itu telah menjelaskan bahawa setiap baris maklumat yang wujud didalam akaun pengguna akan disimpan didalam pelayan mereka dan jika pengguna meminda atau memadamkan maklumat tersebut, ia masih tidak memadamkan salinan data yang sentiasa dilakukan.

Jadi, pernahkan anda terfikir bagaimana bentuk laporan yang diberikan oleh Facebook kepada pihak berkuasa?

Hari ini, sebuah akhbar terkemuka di Amerika Syarikat mendedahkan kepada umum bentuk laporan yang dikongsikan Facebook kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan oleh mereka.


TIPS & ULASAN