Carian
Google+ Berkembang Secara Positif – Melihat Peningkatan Sebanyak 27% Pada Bulan Mac
April 8, 2012 Aman

Dari hari ke hari, nampaknya, laman sosial daripada pihak Google, iaitu Google+ memperlihatkan peningkatan positif, dengan angka pengguna yang aktif semakin bertambah. Sebelum ini, ketika mengeluarkan laporan setelah setahun beroperasi dibawah Larry Page, Google+ dikatakan mempunyai lebih 100 juta pengguna, dan kini ia disokongn dengan data memperlihatkan Google+ meningkat lebih 27% pada bulan Mac sahaja.

Kami sendiri mendapati yang mana angka pengguna aktif pada laman sosial Google tersebut semakin bertambah dari hari ke hari. Berkemungkinan kerana beberapa perubahan yang tidak disukai pada Facebook, mahupun perbincangan yang lebih menarik pada laman Google+.

Dalam usaha untuk mempromosikannya sendiri, Google telah bekerjasama bersama beberapa orang artis diseluruh dunia, dan sokongan Hangout padanya memberikan salah satu nilai tambah dalam komunikasi dikalangan pengguna. Buat masa ini, para pembangun hanya menantikan Google mengeluarkan API penuh untuk laman sosial mereka, dan kelak mungkin kita akan dapat melihat peningkatan yang amat positif selepasnya.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan laman Google+?

Komen