Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai adalah projek terbaru daripada pihak Google, yang mana membawakan kaca mata pintar, dinamakan sebagai Project Glass. Melaluinya, ia membolehkan anda mengakses pelbagai data terus daripada kaca mata pintar yang diintegrasikan dengan sokongan internet dan juga input melalui suara.

Buat masa ini, projek tersebut masih lagi pada peringkat awal pembangunan, namun telah menerima reaksi berbeza-beza daripada pengguna seluruh dunia. Salah satu perkara yang diperlihatkan melalui video parodi adalah pengiklanan pada kaca mata pintar tersebut. Google seperti semua sedia maklum merupakan gergasi pengiklanan atas-talian terbesar, dan ia merupakan sumber pendapatan utama mereka.

Perkara sama juga menjadi perbincangan ketika Google membangunkan platform Android mereka. Namun, ternyata ianya berbeza, apabila Google tidak menyertakan sebarang iklan padanya, sebaliknya mendapat keuntungan melalui penggunaan enjin carian mereka melalui peranti tersebut.

Melalui video parodi yang lagi satu adalah bagaimana sekiranya Microsoft membangunkan perkara sama. Adakah ianya akan sering mengalami skrin biru padanya kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd