Lenovo Memperkenalkan Tablet Android Ice Cream Sandwich – IdeaPad S2109

Lenovo Memperkenalkan Tablet Android Ice Cream Sandwich – IdeaPad S2109

Diterbitkan pada Apr 9, 2012 oleh .

Setelah lama tidak kedengaran berkenaan dengan tablet Android yang baru, hari ini, Lenovo telah pun memperkenalkan tablet Android bersaiz 9.7-inci mereka, dikenali sebagai IdeaTab S2109, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Harga jualannya dan tarikh bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui IdeaTab 9.7-inci, ia membawakan kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan, sokongan mikro-SD, mikro-USB, dan mikro-HDMI, empat speaker pada bahagian belakang untuk mendengar lagu mahupun menikmati video atau aplikasi dengan mudah, serta sokongan bateri sehingga 10 jam lamanya. Spesifikasi berkaitan dengan cip pemprosesan dan ruangan storan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Dan salah satu perkara yang menarik adalah IdeaTab S2109 ini memfokuskan kepada panggilan video, dan hanya menyertakan kamera pada bahagian hadapan sahaja, tanpa kamera pada bahagian belakang.

Mungkin kita akan mendengar berita berkenaan dengan penghargaan dan bilakah ianya akan memasuki Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN