Samsung Menamakan Panel Paparan Fleksibel Mereka Sebagai YOUM

Samsung Menamakan Panel Paparan Fleksibel Mereka Sebagai YOUM

Diterbitkan pada Apr 9, 2012 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, salah satu perkara yang menjadi fokus pembangun skrin seperti Samsung dan lain-lain adalah membangunkan panel paparan yang fleksibel dan boleh lentur. Dan nampaknya, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat ianya dikeluarkan secara komersial bersama beberapa peranti baru, apabila kini Samsung telah pun menamakan panel paparan fleksibel mereka dengan nama YOUM.

Melalui halaman khas, Samsung memperlihatkan perbandingan antara skrin paparan fleksibel mereka yang dinamakan YOUM bersama-sama dengan panel paparan lain, termasuk LCD dan juga OLED. Daripada apa yang diperlihatkan, YOUM serba sebanyak menyerupai OLED, dan hanya mengantikan salah satu lapisan padanya, dimana lapisan kaca digantikan dengan lapisan filem.

Walaupun beberapa demo telah diperlihatkan sebelum ini oleh Samsung berkaitan dengan teknologi ini, namun mereka masih belum mengeluarkan sebarang rancangan baru mereka dalam mengeluarkan peranti dengan sokongan skrin tersebut. Dengan penamaan skrin ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN