QuickPlay Membawakan Sokongan Memainkan Video Berkualiti Tinggi Dengan Integrasi YouTube

QuickPlay Membawakan Sokongan Memainkan Video Berkualiti Tinggi Dengan Integrasi YouTube

Diterbitkan pada Apr 10, 2012 oleh .

Terdapat beberapa pemain media dan juga video yang dibangunkan oleh pembangun bebas untuk platform Windows. Salah satunya adalah QuickPlay, yang mana membawakan pemain video tanpa tetingkap, dengan rekabentuk yang dioptimasikan untuk para pengguna Windows 8. QuickPlay turut sama menyertakan sokongan untuk memainkan video resolusi tinggi sehingga 4096p melaluinya.

Bagi para pengguna Windows, antara pemain media yang popular, termasuklah VLC Media Player, Media Player Classic dan sebagainya. QuickPlayer pula membawakan rekabentuk yang minimalis dengan sokongan untuk pelbagai format video, termasuk dengan sokongan untuk memainkan video dan media daripada cakera Blu-ray.

Selain daripada pemain media biasa, ia juga turut menyertakan integasi YouTube padanya, membolehkan para pengguna membuat carian video-video di YouTube, dan terus menikmati melalui pemain video tersebut.

Bagi para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun QuickPlay untuk komputer anda, dan menikmati video berkualiti tinggi melalui pemain media yang menarik dan minimalis ini. QuickPlay menyokong Windows XP, Vista, Windows 7 dan juga Windows 8.


TIPS & ULASAN